Dr. Amin Senin

KUALA LUMPUR – Perdebatan dan pertikaian yang berterusan melibatkan pelbagai pihak berhubung pengekalan kuota bagi kemasukan pelajar Program Matrikulasi sehingga melampaui batas adap dan kesopanan tidak sesuai dalam dunia pendidikan.

Keadaan ini boleh menjejaskan tumpuan warga pendidik sebagai penjawat awam untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan, kata Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin.

Beliau percaya Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik wajar dan berhak mempertahankan keputusaan Jemaah Menteri.

“Maka dalam konteks ini, kami warga pendidik dalam Kementerian Pendidikan bertanggungjawab untuk mempertahan dan melaksanakan dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan dilaksanakan sepenuhnya dan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat.

Baru-baru ini, Maszlee mengumumkan kuota bagi pengambilan pelajar mengikuti program matrikulasi di seluruh negara dikekalkan pada 90 peratus untuk Bumiputera dan 10 peratus bukan Bumiputera.

Perkara tersebut diputuskan oleh Kabinet.

Selain itu, Kabinet juga bersetuju untuk menambah bilangan pelajar matrikulasi kepada 40,000 pelajar berbanding 25,000 sebelum ini dengan keutamaan kepada golongan B40 membabitkan semua kaum.

Bagaimanapun, pengekalan kuota itu menimbulkan pelbagai kenyataan.

Artikel berkaitan: Kuota matrikulasi selari dengan matlamat asal

Lihatlah kuota matrikulasi dengan rasional

Isu kuota pelajar matrikulasi keputusan Kabinet

Perkasa sokong kekal kuota bumiputera program matrikulasi

Berikutan itu, Maszlee membuat kenyataan bahawa pihak yang menuntut kelonggaran bagi kuota kaum matrikulasi, juga perlu membangkitkan isu kelayakan mendapat pekerjaan yang tidak adil dan didominasi kumpulan tertentu.

“Kalau kita nak ubah (matrikulasi), kalau kita kata Malaysia baru maka tak perlu kuota dan sebagainya, sebegitu juga kita kena pastikan peluang pekerjaan kepada Bumiputera tak dinafikan semata-matanya kerana mereka tak boleh (berbahasa) Mandarin,” katanya.

Kenyataan Maszlee itu mengundang kritikan beberapa pihak, antaranya Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker; Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy. – MalaysiaGazette

Kuota pengambilan matrikulasi kekal 90:10