Sergio Ramos. Foto These Football Times.

MADRID – Masa hadapan Sergio Ramos bersama Real Madrid kini samar selepas kapten Los Blancos itu dikatakan serius mempertimbangkan kedudukanya di Santiago Bernabeu.

Dua laporan dari Sepanyol mengesahkan pemain itu kini sedang melihat kepada pilihan yang ada untuk perpindahan ke kelab Eropah lain.

Manchester United dikaitkan dengan pemain pertahanan tengah ini jika gagal untuk mendapatkan pemain pertahanan Ajax, Matthijs de Ligt.

Paris Saint-Germain juga dikatakan memantau situasi semasa Ramos.

Kedua-dua kelab adalah antara kelab yang pernah menunjukkan minat untuk mendapatkan Ramos dari Real sebelum ini.

Kekalahan kepada Ajax di pertandingan UEFA Champions League (UCL) yang menimbulkan ketegangan di bilik persalinan Real dikatakan antara yang menjadi punca mengapa Ramos tawar hati untuk terus kekal di Santiago Bernabeu.

Dia dilaporkan hanya akan kembali sekiranya mendapat panggilan untuk tugasan antarabangsa. – MalaysiaGazette