Lynas Malaysia wajar dib.eri peluang untuk mempertahankan rekod pengawalseliaan serta persekitarannya secara terbuka sejak ia mula beroperasi pada 2012. - MABC
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan Australia mengekalkan pendirian untuk tidak membenarkan sisa dari Lynas di Malaysia dihantar pulang ke negara Oceania itu.

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski berkata, larangan itu antaranya bertujuan memastikan isu tersebut tidak bertambah rumit.

“Ia memerlukan kebenaran kerajaan Australia untuk menerima sisa dari Lynas, tetapi tidak akan ada orang yang sanggup berbuat demikian.

“Kami menghantar berjuta-juta tan arang batu ke China setiap hari, tetapi kami tidak akan membawa pulang sisa-sisa arang yang sudah dibakar,” katanya dalam wawancara dengan Sinchew Daily.

Andrew berkata, keadaan sama juga berlaku buat Malaysia yang merupakan pengeluar getah, tetapi tidak akan menerima tayar buruk dari negara pembeli getah.

Menurut Andrew lagi, bahan import oleh Australia dari Malaysia yang mengandungi radiasi tertinggi ialah petroleum.

“Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin ialah pakar petroleum dan beliau pastinya tahu perkara ini.

“Apabila anda memproses minyak, sisa radiasi yang ditinggalkan adalah dianggarkan lima hingga enam kali ganda lebih tinggi berbanding nadir bumi.

“Kami bagaimanapun membenarkan sisa petroleum ditinggalkan di Australia, bukannya menghantar sisa petroleum ke Malaysia,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Malaysia yang terdahulu bercadang memproses sisa Lynas untuk dijadikan baja.

“Malaysia menghabiskan duit yang banyak untuk membeli baja yang serupa.

“Anda sudah ada benda ini dan ia terkumpul di Kuantan, tetapi anda mengeksport benda sama dari luar negara. Ini tindakan yang tidak praktikal,” katanya.

Tambahnya, jika mahu menyenaraikan 10 kilang pengeluar sisa radiasi yang utama di Malaysia, Lynas pastinya bukannya di tangga teratas, tetapi mungkin di tangga sembilan atau 10.

“Saya boleh katakan faktor politik melebihi faktor saintifik,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast