Pihak polis menerima maklumat kejadian seorang anggota dari IPD Johor Bahru Selatan berusia dalam lingkungan 22 tahun telah mengalami kecederaan luka dalaman di bahagian rusuk sebelah kiri akibat ditikam dengan sebilah pisau.

LAHAD DATU – Seorang wanita, yang tidak tahan dengan sikap suami yang sering mendera dan berlaku curang, menikam suaminya ketika tidur dalam kejadian di sebuah bilik sewa tingkat atas bangunan kedai di Bandar Cenderawasih, Sahabat 7, dekat sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa, Rasalan Jaya, 32, seorang pengawal keselamatan, mengalami cedera parah di bahagian perut dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pada jam 5.05 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, ketika kejadian, mangsa sedang baring di bilik sebelum isterinya berusia 26 tahun mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan menikam mangsa di sebelah kanan perut,

“Mangsa mencabut pisau yang tertusuk diperutnya dan meletakkannya di atas katil sebelum menuju ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan,” katanya, dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata suspek kemudian membuang pisau itu keluar melalui tingkap dan hanya bersembunyi di bilik sewa mereka sebelum ditahan polis dua jam kemudian.

Polis turut merampas pisau sepanjang 25 sentimeter yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

Hasil siasatan menunjukkan mangsa juga tidak pernah memberikan nafkah terhadap suspek serta enam anak mereka serta sering mendera dan memukul suspek, katanya.

“Di samping itu, mangsa juga berlaku curang sejak 2014 dan perbuatan itu diketahui suspek tetapi dirahsiakan kerana khuatir rumahtangga mereka musnah. Akibat tidak dapat mengawal emosi serta perasaan marah, suspek menikam mangsa,” katanya

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast