KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju memberi elaun Hari Raya sebanyak RM250 kepada semua penghulu, pegawai halaqat, penyelaras pembangunan armalah DUN, penyelaras pembangunan orang kurang upaya (OKU), penyelaras ICT dun negeri serta guru al-quran dan fardhu ain.
Dalam kenyataannya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, elaun khas itu akan disalurkan kepada penerima berkenaan sebelum sambutan Hari Raya Adilfitri tahun ini.
Minggu lepas, kerajaan negeri itu mengumumkan bonus Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri itu berjumlah RM500 setiap orang dengan membabitkan kos sebanyak RM3.3 juta. – MalaysiaGazette