Dzulkifli Abdul Razak merasmikan gimik pelancaran kempen keselamatan jalan raya balik kampung di Kampus Gombak.

KUALA LUMPUR – Bahagian Pengurusan Perkhidmatan (MSD) dan Pejabat Pengurusan Keselamatan(OSeM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) melancarkan kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Raya UIAM khas buat warga universiti itu yang pulang akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kempen ini adalah sebagai satu usaha memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya sewaktu kakitangan dan pelajar UIAM balik ke kampong semasa bercuti panjang hari raya aidil fitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak yang melancarkan kempen itu berkata, kempen sebegini menunjukkan pihak pengurusan amat prihatin terhadap warga universiti tentang perihal menjaga keselamatan semua.

“Ia sebagai satu peringatan tentang keselamatan diri dan keluarga kakitangan dan pelajar UIAM tentang perlunya lebih peka  dengan keselamatan semasa memandu atau menunggang kenderaan sewaktu pulang berhari raya nanti,” katanya.

Kemepen itu melibat seluruh warga kampus UIAM yang terletak di Gambang, Kuantan, Pagoh dan Kuala Lumpur.

“Ini kerana setiap hari dan saban tahun kes-kes kemalangan  yang  melibat nyawa yang terkorban di jalan raya sewaktu pulang berhari meningkat”.ujarnya lagi. – MalaysiaGazette