DHOHA – Bekas pemain Barcelona, Xavi Hernandez telah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu bagi kelab Qatar, Al Sadd.
Sebelum ini, Xavi pernah beraksi sebagai pemain di kelab tersebut selama tiga musim.
Xavi mengumumkan persaraan sebagai pemain selepas tamatnya musim domestik Qatar baru-baru ini.
Pada musim lalu, Al-Sadd dikendalikan oleh jurulatih berbangsa Portugis, Jesualdo Ferreira.
Xavi sendiri merupakan salah seorang pemain yang membantu Al-Sadd menjuarai Liga Qatar musim 2018/19.
Al-Sadd juga memenangi Piala Emir Qatar pada 2017.
Al-Sadd pernah memenangi Liga Juara-Juara Asia pada 2011 namun ketibaan Xavi ke kelab Qatar tersebut membuatkan kelab itu semakin popular.
Al-Sadd memegang rekod selaku kelab terbanyak memenangi Liga Qatar.
Kelab itu memenangi pertandingan tersebut sebanyak 14 kali. – MalaysiaGazette
















