Zizan Razak

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon, Zizan Razak kini sedang menjalani rawatan di hospital sejak semalam.

Menerusi Instagram Story, bintang Polis Evo ini memberitahu dia mengalami sesak nafas sebelum dimasukkan ke hospital.

“Selepas Subuh saya alami sesak nafas. Mungkin terlalu penat bekerja dan tertekan.

“Saya okey! Doakan saya cepat sembuh. Tidak mahu duduk hospital lama,” tulis Zizan ringkas.

Sebelum ini Zizan pernah berkongsi gambarnya yang tertidur di lokasi penggambaran akibat kepenatan. – MalaysiaGazette