Suspek cuba mencabul doktor wanita terputus lidah akibat digigit mangsa.

BLOEMFONTEIN, Afrika Selatan – Tindakan seorang lelaki Afrika yang cuba mencabul seorang doktor wanita akhirnya membawa padah pada diri sendiri.

Ini kerana suspek pula yang menjadi mangsa serangan wanita muda itu di hospital ketika cuba mencabul kehormatannya.

Suspek menyamar sebagai pesakit dan memasuki Hospital Pelenomi Tertiary untuk mendekati doktor wanita berusia 24 tahun itu.

Ketika kejadian doktor berkenaan berada di kuater kakitangan di hospital di Bloemfontein, Afrika Selatan.

Suspek menyamar sebagai pesakit dan mendekati doktor muda itu sebelum memeluk kuat dan cuba mencium di mulut doktor itu.

Lelaki itu dikatakan cuba memasukkan lidahnya ke dalam mulut mangsa doktor wanita berkenaan memaksa bercium.

Wanita muda itu bagaimanapun melawan sebelum bertindak menggigit lidah suspek hingga terputus dua menyebabkan suspek menjerit kesakitan dengan darah keluar dari mulutnya dengan banyak.

Suspek dilaporkan berjaya melarikan diri dan polis meminta hospital lain supaya berjaga-jaga dan melaporkan segera tentang kehadiran suspek.

Suspek bergegas ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan segera.

Dia kemudian dihantar ke hospital universiti dan pakar bedah plastik melakukan pembedahan untuk mencantumkan lidahnya.

Jurucakap Jabatan Kesihatan, Mondli Mvambi berkata: “Semasa kejadian doktor itu sempat menggigit lidah suspek sehingga terputus sebelum melarikan diri ke sini untuk rawatan.

“Dia kemudian ditahan polis dan menjalani pembedahan plastik dengan dikawal ketat polis dalam bilik pembedahan.

“Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan susulan,” katanya.

Sementara itu, doktor wanita yang telah menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol itu menjalani ujian perubatan dan kaunseling.

Suspek akan dihadapkan ke muka pengadilan selepas lidahnya pulih.

Tahun lalu, 40,000 kes rogol direkodkan di Afrika Selatan tetapi angka rasmi dikhuatiri lebih tinggi daripada data sedia ada.

Statistik juga mencadangkan 40 peratus wanita di benua itu menjadi mangsa rogol. – MalaysiaGazette