Jerung

SYDNEY – Seorang peluncur air berusia lingkungan 50-an dikejarkan ke hospital selepas diserang jerung di Australia Barat, menurut kerajaan negeri dan perkhidmatan ambulans tempatan.

Pihak berkuasa berkata mereka menerima laporan mengenai “insiden jerung” kira-kira jam 9.45 pagi (1.45 pagi GMT) di Pantai Glenfield, kira-kira 400 kilometer (250 batu) di utara Perth.

Lelaki itu berada dalam keadaan “serius tetapi stabil”, menurut penyiar kebangsaan ABC yang memetik pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Penduduk setempat turut dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika berada di kawasan pantai berkenaan.

Saintis Australia percaya perairan yang semakin sesak dengan aktiviti manusia serta peningkatan suhu laut menyebabkan perubahan corak migrasi jerung, yang mungkin menyumbang kepada lonjakan serangan haiwan berkenaan.

Pada Januari lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas digigit jerung ketika berenang di Pelabuhan Sydney.

Tiga penyelam turut maut akibat diserang jerung dalam insiden berasingan antara Mei dan Jun lalu – dua di Australia Barat dan seorang lagi di Queensland.

Pada Jun lalu, seorang wanita turut diserang jerung di salah sebuah pantai paling popular di Sydney.

Wanita yang merupakan seorang guru itu pada bulan lalu menceritakan bagaimana dia sempat menghayunkan “tumbukan kiri” ke arah pemangsa berkenaan sebelum diseret ke bawah air.

Dia kemudian dimasukkan ke dalam keadaan koma teraruh dan sebahagian lengan kirinya terpaksa dipotong selepas serangan pada 13 Jun lalu.

Menurut pangkalan data mengenai insiden pertemuan manusia dengan jerung, kira-kira 1,300 insiden serangan jerung direkodkan di seluruh Australia sejak 1791, dengan lebih 260 daripadanya mengakibatkan kematian. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here