Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Peralatan penapisan mekanikal yang tersumbat dan trip ekoran insiden sampah terkumpul di muka sauk hingga menyebabkan penyusutan pengepaman air mentah dan pengeluaran air terawat telah dapat diatasi.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd berkata, pihaknya sedang dalam proses meningkatkan pengeluaran dan paras kolam serta menstabilkan tekanan di sistem agihan.

Bantuan lori-lori tangki air akan digerakkan dan segala usaha sedang diambil bagi meminimakan impak gangguan dan memulihkan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas.

Pengeluaran air terawat Loji Rawatan Air Sungai Langat telah terjejas ekoran hujan lebat di hulu sungai semalam menyebabkan kuantiti sampah sarap yang banyak terkumpul di muka sauk telah menyebabkan alat penapisan mekanikal tersumbat dan trip.

Insiden ini dijangka menjejaskan bekalan air dibeberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Petaling secara berperingkat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast