KUALA LUMPUR – Penyanyi Nourul Depp menyifatkan segelintir golongan pembantu rumah warga asing di negara ini tidak tahu bersyukur dan bertindak keterlaluan.
Wanita berusia 42 tahun itu terkejut apabila ada pembantu rumah meminta gaji sehingga RM3,000 sebulan dan menetapkan syarat bekerja.
“Hari ni bermula interview. Ada yang gila sampai minta gaji sehingga RM3,000.
“Awat hang ingat aku nak suruh hang mandikan, cuci bontot kami ka sampai nak banyak tu. Haaa ni (sikap) bangsa asing,” tulisnya di Instagram miliknya.
Pemilik nama penuh Nurul Huda Abdul Wahab itu berkata, pembantu rumah warga asing kini dilihat mengambil kesempatan terhadap majikan untuk mendapat wang secara mudah.
“Alasan macam-macamlah kan. Especially yang orang asing yang dah lama di sini. Tak mahu sebutlah bangsa apa. Depa selalu nak lebih. Kerja nak senang. Hang ingat aku cop duit?”soalnya.
Katanya, pembantu rumahnya sebelum ini juga menghadapi masalah dan hanya dapat bertahan selama dua bulan kerana tidak menyukai kanak-kanak.
“Tak apalah. Selalunya jadi ‘lagu’ tu, Allah nak bagi rezeki tu kat orang lain. Yang lebih berhak dan lebih memerlukan. So bila fikir macam tu, rasa okay! Alhamdulillah.
“Kata suami, kita je jangan berubah. Kita terus je (berpegang) dengan nilai kita.
“Toksah kerana macam ni kita berubah jadi monster dera orang yang kerja dengan kita pula lepas ni. Tak semua orang sama,” katanya. – MalaysiaGazette