KUALA LUMPUR – Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ambil maklum berhubung laporan polis berkenaan aksi seorang lelaki berpakaian seragam tentera (celoreng) yang melakukan aksi tidak bermoral yang tular baru-baru ini.

Laporan polis itu dibuat oleh bekas anggota tentara Noorhasni Saad.

Dalam satu kenyataan di sini, Markas ATM berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pelaku dalam video berkenaan.

“ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku anggota yang boleh memudaratkan nama baik perkhidmatan.

“Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap anggota jika terbukti bersalah,” katanya. – MalaysiaGazette