Disabit kesalahan suspek akan dihukum penjara seumur hidup atas kesalahan merogol dan membunuh bayi kandungnya baru berusia 8 bulan

NEW YORK – Seorang bapa ditahan polis kerana disyaki merogol dan membunuh bayinya berusia lapan bulan di tapak perkuburan.

Kejadian itu menimpa bayi perempuan bernama Ruby di Tioga, New York pada Ahad lepas.

Suspek, Cody Francisscovich, 25, kini berdepan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membunuh bayinya sendiri.

Pada hari kejadian, polis mendapati suspek berjalan tanpa seurat benang di tepi jalan berhampiran Motel Deep Well.

Motel Deep Well merupakan tempat di mana suspek tinggal bersama isteri dan anak perempuannya yang belum cukup berusia setahun.

Franciscovich diarah pihak berkuasa pergi ke kolam belakang tapak perkuburan St Patrick.

Tiba ke lokasi bersama suspek, polis menemui mayat bayi itu terapung dalam keadaannya tertiarap dalam air kira kira 25 kaki dari darat.

Salah seorang pegawai turun ke kolam dan menarik mayat bayi dan membawa ke Pusat Perubatan Wilson UHS sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Suspek kini dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan merogol dan membunuh anak kandungnya.

Suspek dibawa ke Penjara Tioga County tanpa dibenarkan jaminan dan akan dihadapkan di mahkamah untuk pendengaran kes.

Mahkamah akan menentukan sama ada kes ini akan dikemukakan kepada ketua juri yang boleh menentukan suspek perlu didakwa dengan pertuduhan tambahan.- MalaysiaGazette