KUALA LUMPUR – Datuk Rizalman Ibrahim naik angin apabila barang-barang rumahnya rosak semasa dia menganjurkan rumah terbuka sempena hari pertama Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Melalui perkongsian di Instagram Story, pereka fesyen tersohor itu memberitahu, dia rasa ‘menggelegak’ apabila pasu hiasannya pecah, cermin retak dan lampu pecah.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku apabila tetamunya yang datang, sibuk mengambil gambar ‘istananya’ walaupun ruang di dalam kediamannya terhad.
Walaupun barangan yang rosak boleh beli, itu pun kalau ada dijual lagi, Rizalman berkata, tetamu sepatutnya menjaga adab ketika berkunjung ke rumah orang.
“Tidak kiralah benda murah atau mahal tetapi tu hak orang. Ni masuk sahaja naikkan kamera, angkat gambar. Dah tau istana aku sempit nak juga lalu celah-celah.
“Aku bukanlah marah sangat kat hangpa tapi sakit hati. Aku sakit hati sebab aku kumpul benda tu,” bebelnya.
Dalam membebel itu, Rizalman turut berkongsi cerita, ibunya dahulu akan sentiasa berpesan kepada dia dan adik-beradik sebelum berkunjung ke rumah orang.
“Sambil pakaikan baju, sapu bedak sejuk, sikat rambut, mak kami akan cakap ” kalau mata mak ni besar, siap hang”, tambah Rizalman.
Kata beliau lagi, jika dia dan adik-beradiknya buat perangai maknya tidak akan pukul tetapi akan bawa mereka semua ke bilik mandi.
Sambil mandi nanti, menurutnya, mak beliau akan berleter sambil menyental kuat badan mereka dengan berus sabut.
“Ni orang sekarang cakap ‘Daniel please don’t. Don’t do that. Mana anak nak dengar,” katanya yang mengajuk gaya segelintir ibu. – MalaysiaGazette
biasa lah tu.tak tahan kerenah manusia jangan buat.