TERKINI : ‘MANSUH’ Hukuman Mati ‘MANDATORI’ Akan ke Parlimen – Datuk Liew

KUALA LUMPUR- Cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori mungkin boleh dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, ketika ini beliau hanya menantikan dokumen daripada Jabatan Peguam Negara diserahkan semula kepadanya.

“Cadangan pemansuhan hukuman mandatori itu sudah ada progres.

“Saya harap cadangan tersebut dapat dibentangkan di Parlimen pada Julai ini.