Pengarahnya, Azman Adnan berkata pihaknya telah pun mengambil tindakan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah, sejurus ia diumumkan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 111 buah sekolah rendah dan sekoleh menengah kerajaan di Pasir Gudang, Johor ditutup mulai 25 Jun hingga 27 Jun ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan dalam kenyataan lewat malam ini menyatakan selain itu tiga institusi Pendidikan Tinggi dan 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa juga ditutup selama tempoh tersebut.

“Sebanyak 347 buah tadika swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga ditutup operasi mulai esok hingga 27 Jun ini.

“Kesemua institusi dan sekolah ditutup bagi memberi laluan kepada kerja kerja berkaitan mebgatasi isu bahan punca pencemaran dapat diselesaikan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Kenyataan susulan itu menyusul selepas tindakan Menteri Besar Johor berkaitan insiden pencemaran bau pada 6.30 petang tadi menyatakan semua institusi pendidikan dalam daerah Pasir Gudang ditutup sehingga Khamis ini.

Rentetan pengumuman itu, Azman berkata , semua pengetua dan guru besar dipohon untuk memaklumkan segera kepada murid, guru dan ibu bapa serta kakitangan dalam kawalan mereka dan mengambil tindakan susulan berkaitan penutupan ini.

“Jabatan ini akan sentiasa membuat pemantauan rapi membantu sekolah-sekolah bagi memastikan kesejahteraan murid-murid berada dalam keadaaan yang baik.

“Marilah kita bersama mendoakan agar insiden ini dapat ditangani segera dan sekolah akan dapat beroperasi seperti biasa demi kebaikan para murid,” tegas beliau-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast