Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diiringi Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama sasterawan negara pada Majlis Penyerahan Cek Elauan Sara Hidup Kepada Sasterawan Negara di Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 24 JUN 2019

PUTRJAYA – Para Sasterawan Negara yang menerima elaun bulanan sebanyak RM5,000 daripada kerajaan menganggap pemberian itu sebagai satu suntikan semangat buat mereka untuk terus bekarya.

Malah, dengan adanya elaun bulanan tersebut ia serba sedikit dapat digunakan untuk membeli buku-buku karya sastera yang boleh dijadikan rujukan bagi menghasilkan karya-karya seni sastera baharu.

Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said sendiri  tidak pernah menyangka akan menerima elaun sebanyak itu daripada kerajaan.

Katanya, beliau berasa sangat terharu dan merasakan segala sumbangan sasteranya dihargai sekaligus menyemai rasa ingin terus berkarya untuk pembangunan negara yang lebih mampan selepas ini.

“Saya tidak pernah terfikir pun bahawa kerajaan akan menghargai usaha kami para karyawan seni sastera dengan pemberian elaun seperti ini.

MGF240619_PENYERAHAN CEK ELAUN SARA HIDUP14
Datuk Seri A. Samad Said

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya Kementerian Kewangan yang telah meluluskan peruntukan kepada kami para sasterawan,” Katanya.

Sementara itu, seorang lagi sasterawan Profesor Emeritus, Dr. Muhammad Salleh berkata, pemberian elaun bulanan oleh kerajaan itu akan dimanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Katanya, beliau berhasrat mahu menggunakan wang tersebut untuk membeli buku-buku yang boleh dijadikan rujukan untuk terus berkarya dan kemudian akan meletakkannya ditempat-tempat tertentu seperti sekolah agar boleh dijadikan bahan bacaan masyarakat umum.

Ujarnya, hanya dengan cara itu sastera yang semakin terpinggir ketika ini akan diminati kembali dan usaha untuk menjadikan ia sebagai matlamat perlu dilakukan dengan cara yang wajar.

“Saya akan gunakan elaun itu untuk diri saya juga tetapi baki selebihnya akan saya gunakan untuk membeli buku-bukiu sastera dan akan menghadiahkannya ditempat-tempat tertentu,” jelasnya.

Prof. Dr. Muhammad Salleh
Prof. Dr. Muhammad Salleh

Dalam satu majlis yang diadakan hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan bersetuju memberi elaun penghargaan bulanan berjumlah RM5,000 kepada tujuh Sasterawan Negara bermula bulan ini.

Katanya, peruntukan tambahan itu diluluskan kepada Kementerian Pendidikan untuk pembiayaan elaun kepada semua Sasterawan Negara terbabit iaitu Datuk Seri Dr A Samad Said; Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh; Datuk Noordin Hassan; Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan; Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah; Datuk Dr Baharuddin Zainal dan Datuk Dr Zurinah Hassan.

Pemberian elaun penghargaan secara bulanan ini adalah elaun tambahan baharu diberikan sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi mereka kepada membina bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, katanya.

Dengan adanya elaun itu ia diharap dapat membantu menjamin kebajikan, kesejahteraan dan memberi keselesaan kepada Sasterawan Negara supaya dapat terus menyumbang idea pemikiran, keilmuan dan sumbangan karya bermutu tinggi untuk tatapan masyarakat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast