Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melayan para wartawan pada Majlis Sambutan Aidilfitiri bersama Media di Bilik Jamuan, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Semenjak menjadi parti pembangkang sehingga menubuhkan kerajaan, Pakatan Harapan masih menjadi sasaran kritikan media.

Namun Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan terbuka menerima kritikan asalkan ianya membina demi penambahbaikan dan kemajuan pembangunan negara dan masyarakat.

Penulisan berita ujarnya lagi bukan sahaja berimpak positif malah turut memberi kesan negatif jika tidak dimanfaatkan.

MGF02072019_TPM MAJLIS AIDILFITIRI BERSAMA MEDIA02
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitiri bersama Media di Bilik Jamuan, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 JULAI 2019

“Kita jadi sasaran semasa jadi pembangkang, media selalu negatif,  sekarang kita jadi kerajaan tetap jadi sasaran.

“Sesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari pedang tapi tepat dan boleh dimanfaatkan,” kata Timbalan Perdana Menteri ketika berucap di Sambutan Majlis Aidilfitri bersama media di Parlimen hari ini.

MGF02072019_TPM MAJLIS AIDILFITIRI BERSAMA MEDIA09
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail beramah mesra dengan sebahagian pengamal media yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitiri bersama Media di Bilik Jamuan, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 JULAI 2019

Terdahulu Wan Azizah turut berkata media membawa peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat dan mewujudkan keseimbangan rakyat pelbagai latar belakang di dalam negara.

“Di sinilah peranan media dan mustahak peri pentingnya penulis dan media khususnya mengangkat agenda penyatuan demi mewujudkan keamanan dan keseimbangan.

Mata pena juga boleh menyebabkan kebahagiaan,” ujarnya. -MalaysiaGazette