Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Para pemandu e-hailing yang didakwa gagal dalam ujian Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang didakwa susah boleh menduduki semula peperiksaan tersebut, kata Menteri Pengangkutan.

“Mereka sudah ada kursus, boleh duduki semula. Mungkin kali pertama mereka tak arif dengan soalan-soalan kertas ujian.

“Saya semalam ambil ujian itu dan lulus yang mana dapat 82 markah dan daripada 60 soalan saya dapat jawab 49 soalan kerana kebanytakan soalan itu berdasarkan logik,” kata Anthony Loke Siew Fook ketika diserbu pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Menurtu beliau, jika calon ujian PSV mengikuti kursus beliau yakin ramai yang akan lulus ujian tersebut.

Sementara itu, Anthony menafikan dakwaan bahawa tambang ehailing akan meningkat berikutan kesukaran calon lulus ujian PSV yang mengakibatkan kekurangan pemandu perkhidmatan e-hailing.

Menurutnya, ia hanya dakwaan semata mata dan penentuan harga siling terpulang kepada pasaran semasa dan ia harus berpatutan.

Diyanya dakwaan penumpang akan berkurangan jika tambang dinaikkan, Anthony berkata, beliau yakin terdapat banyak persaingan dalam isndustri e-hailing.

“Ada syarikat lain nak menubuhkan syarikat mereka di negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast