Tim
Tim Leissner

HONG KONG – Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Kong (SFC) hari ini mengharamkan pembabitan Tim Leissner dalam industri itu di bandar raya tersebut seumur hidup.

Leissner adalah pelabur utama Goldman Sachs yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“SFC berpendapat kelakuan Leissner menunjukkan sifat tidak jujur dan tanpa integriti yang serius serta menimbulkan persoalan keupayaan dan kesesuaiannya untuk memiliki lesen, katanya dalam satu kenyataan.

SFC berkata, keputusan itu dibuat selepas Leissner mengaku bersalah kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung dakwaan yang dikenakan kepadanya pada Ogos tahun lalu.

Leissner dituduh terlibat dalam penggubahan wang haram dan melanggar Akta Amalan Rasuah Asing.

Mahkamah Amerika Syarikat mendapati Leissner bersalah atas kedua-dua kesalahan itu dan memerintahkannya untuk membayar penalti sebanyak AS $ 43.7 juta (RM180.8 juta) akibat jenayahnya.

Goldman menghadapi tuduhan jenayah yang difailkan oleh Malaysia yang mendakwa sejumlah AS$ 2.7 bilion (RM11 bilion) dicuri dari hasil tiga bon bernilai AS$ 6.5 bilion yang diaturkan oleh bank itu untuk 1MDB.

Leissner, yang juga Pengerusi Goldman Sach di Asia Tenggara meletak jawatan pada 2016 selepas didakwa melanggar peraturan syarikat. – MalaysiaGazette