Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa sebanyak 15,042 kanak-kanak dan remaja dilaporkan hilang sejak 2011 sehingga Mei 2019.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, statistik itu berdasarkan data yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).