Soo Wincci berjaya menamatkan pengajian untuk ijazah sarjana keduanya di Berklee Valencia, Sepanyol.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Dr Soo Wincci terus melakar sejarah buat dirinya apabila berjaya menamatkan pengajian untuk ijazah sarjana keduanya, Master in Music Production, Technology & Innovation dan Post Master Fellowship Degree in Live Music Production di Berklee Valencia, Sepanyol.

Meraikan kejayaan tersebut pada majlis graduasinya yang berlangsung semalam, Wincci, 34, turut mendapat dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR).

Pengiktirafan tersebut terdiri daripada Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.

Sehingga kini, Wincci telah memiliki lima ijazah sarjana yang diperolehi dalam masa 15 tahun.

Selain dua ijazah sarjana yang diperolehi di Sepanyol, Wincci juga memiliki Ijazah Undang Undang dari University of Reading, UK, Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (University of Sunshine Coast, AUS) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia. – MalaysiaGazete