TERKINI : Kurang 50% PKS Insurankan Perniagaan Mereka

KUALA LUMPUR – Kurang 50 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menginsuranskan perniagaan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AXA Affin General Insurance Bhd., Emmanuel Nivet, kebanyakan mereka hanya mengambil pelindungan insuran untuk hartanah sahaja sedangkan syarikat tersebut mempunyai pelbagai produk yang boleh ditawarkan kepada PKS.