Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO Malaysia mendesak pihak berwajib segera menyiasat tanpa prejudis dakwaan merogol pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Exco kerajaan negeri Perak.

Siasatan yang adil dan telus perlu dilakukan segera memandangkan pengesahan dakwaan tersebut telahpun dibuat oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, ACP Choo Lily.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad mahu kerajaan memastikan tidak berlaku sebarang campur tangan politik terhadap siasatan yang akan dilakukan.

Ini kerana katanya, mutakhir ini sistem perundangan negara tidak dihormati terutama apabila berlakunya keputusan-keputusan yang melibatkan individu yang berkaitan dengan kerajaan.

Malah, keputusan mahkamah jelas tidak dihormati.

Bagaimanapun, Wanita UMNO masih percaya pihak berkuasa akan menjalankan tugas mereka dengan telus dan adil tanpa menyembunyikan sebarang fakta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast