TERKINI : Itu Masalah Kerajaan Johor!!! – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihaknya akan mengkaji kesan tindakan kerajaan negeri Johor yang bertindak membuat pusingan U mengenai pindaan had umur belia daripada 30 kepada 40 tahun.

Beliau berkata tindakan pusingan U oleh kerajaan negeri Johor itu juga tidak dimaklumkan kepada kerajaan pusat.

“Kita nak kaji apa kesannya kenapa dia (Kerajaan Negeri Johor) buat benda ini.

“Kita tak tahu dengan mendalam tentang tindakan yang diambil oleh kerajaan Johor,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast