KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilihat membuat kenyataan ‘pusingan U’ apabila berkata beliau tidak lagi gembira dengan keadaan semasa dalam partinya.
Ditanya mengenai pelantikan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib sebagai Ketua Lembaga Penasihat gabungan itu, Khairy berkata beliau tidak gembira.
“Sekarang saya sudah tidak gembira,” katanya ringkas kepada media di lobi Parlimen, hari ini.