LONDON – Barcelona secara rasmi mengumumkan perpindahan Antoine Griezmann dari Atletico Madrid selepas penyandang La Liga itu menjelaskan klausa perpindahan bernilai £107 juta (€120 juta).
BBC melaporkan pengumuman itu sekaligus menamatkan spekulasi mengenai masa depan pemain antarabangsa Perancis tersebut.
Penyerang berusia 28 tahun itu dikatakan telah menandatangani kontrak selama lima tahun untuk bersama gergasi La Liga tersebut.
Griezmann menyertai Atletico dari Real Sociedad pada 2014 dan sejak daripada itu tampil dalam 256 perlawanan.
Penyerang Perancis itu menjaringkan 133 gol untuk kelaaaaab Madrid itu.
Pemain tersebut telah menandatangani kontrak selama lima tahun pada Jun tahun lalu untuk kekal di Stadium Wanda Metropolitan.
Namun Griezmann, 28, tetap memilih untuk meninggalkan kelab tersebut pada musim panas ini.
Perpindahan Griezmann ke Barcelona membabitkan beberapa kontroversi kerana salah satu daripadanya apabila Barcelona didakwa melakukan rundingan tanpa kebenaran dari Atletico ketika kelab itu sedang berdepan beberapa perlawanan penting di peringkat domestik dan Eropah. – MalaysiaGazette