Saksi, Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu berjalan keluar selepas selesai hadir untuk perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 15 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan lebih RM3.2 juta menerusi dua kad kredit dalam masa enam bulan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Presiden AmBank, Yeoh Eng Leong sebagai saksi ke-47 perbicaraan SRC International Sdn Bhd hari ini.

Katanya, perbelanjaan itu berlaku di antara Ogos 2014 hingga Januari 2015 berdasarkan penyata daripada kad kredit, Mastercard Platinum dan Visa Platinum.

Tambah saksi ke-47 itu, Najib tidak memfailkan laporan berhubung perbelanjaan tersebut.

Budiman: Najib ada buat laporan tentang perbelanjaan tersebut?

Yeoh: Kami tiada rekod tentangnya.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh  Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Budiman Lutfi Mohamed.

Terdahulu beliau mengesahkan bahawa terdapat lapan transaksi berjumlah lebih RM2.86 juta di sebuah kedai di Itali bernama De Grisogono pada 8 Ogos 2014.

Kad yang sama, tambah beliau, digunakan untuk penginapan di Shangri-La Hotel di Bangkok berjumlah RM127,017.46.

Pada 22 Disember 2014, kad Visa Platinum digunakan untuk perbelanjaan sebanyak RM466,330.11 di sebuah kedai jenama Chanel di Hawaii.

Yeoh berkata, hutang kad kredit dibayar dengan wang yang dipindah daripada akaun AmBank yang didaftarkan di bawah nama Najib. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.