KUALA LUMPUR – Menjelang pertabalan Yang Dipertua Agong, Tuanku Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah melahirkan kesedihannya.

Dengan nada sebak baginda teringat kepada kedua-dua ayahandan dan bonda sebelahnya dan YDPA yang sudah meninggal dunia.

“Bonda saya takda, tuanku takda sedihla ya. Sebak dada saya kerana saya akan duduk tempat ayahanda kita berdua duduk dulu semasa jadi YDPA,” titahnya.

Video baginda sebak itu dimuatnaik oleh rakannya yang juga pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim hari ini.

Pemaisuri Agong berkata, singgahsana yang sama akan digunakan pada hari pertabalan dan membuatkan baginda hiba terkenangkan almarhum.

YDPA dan Pemaisuri Agong akan ditabalkan pada 31 Julai ini sempena ulang tahun kelahiran Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Pemaisuri Agong juga berharap rakyat akan mendoakan mereka sihat dan dapat menjalankan tugas-tugas dengan baik.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast