SERDANG – Pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu mengenepikan kepentingan diri sendiri dan kekal memperjuangkan bangsa, agama dan tanah air.
Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kedudukan dalam kerajaan bukan bermakna kemudahan untuk mendapat jawatan dan keistimewaan tertentu.
Meskipun jawatan Perdana Menteri menurut beliau, ianya harus digalas dengan amanah sekiranya tidak mahu ditolak rakyat kerana hanya menginginkan jawatan dan keuntungan diri sendiri.