Vincent Janssen

KUALA LUMPUR – Tottenham Hotspur akhirnya menjual penyerang, Vincent Janssen ke kelab Mexico, Monterrey selepas kegagalannya mencetus impak yang diharapkan sepanjang tiga tahun bersama naib juara Eropah itu.

Kelab Liga Perdana itu dalam satu kenyataan berkata, ia sudah mencapai persetujuan dengan kelab Mexico, C.F. Monterrey membabitkan perpindahan pemain antarabangsa Belanda itu.

Perincian kewangan mengenai perjanjian itu tidak didedahkan tetapi media Belanda melaporkan pemain berusia 25 tahun itu dibeli Monterrey dengan harga $7.81 juta dolar AS (RM32.20 juta).

Janssen menyertai Spurs dari AZ Alkmaar dengan nilai sekitar 17 juta pound (RM87.16 juta) pada Julai 2016.

Dia bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama kelab itu dan hanya membuat 42 penampilan dan meledak enam gol.

Selain itu, Janssen pernah dipinjamkan ke kelab Turki, Fenerbahce. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast