TERKINI : Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Hadiri Majlis Bacaan Yassin Sempena Pertabalan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat di Masjid Negara, malam tadi.

Baginda yang hadir bersama Raja Permaisuri Agong, Hajah Tunku Azizah Aminah tiba di Masjid Negara pada jam 7.30 petang pada majlis bersempena istiadat Pertabalan Baginda.

Baginda berdua disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir barisan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.