TERKINI : “Selepas 444 Hari” PH Perlu Berterus-terang dan Nilai Semula Manifesto – Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Selepas 444 hari pertukaran kerajaan, Pakatan Harapan (PH) perlu diberi ruang untuk berterus-terang dan mengakui ada sesetengah janji yang dibuat hampir mustahil dilaksanakan.

Menurut Timbalan Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Lim Kit Siang, pemimpin PH juga perlu mengakui terdapat sejumlah besar penyokong mereka yang kecewa dan merasakan kerajaan kini telah kembali mengikut jejak langkah kerajaan Barisan Nasional yang ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.