Gelagat penyokong Perak, Aqilah Sabran bersama penyokong Kedah FA, Atikah Ramzie (kanan) ketika hadir pada perlawanan Akhir Shopee Piala FA 2019 antara pasukan Kedah FA menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Shopee Piala FA 2019 edisi ke-30 malam ini menyaksikan pertembungan bersejarah dua pasukan terkuat utara semenanjung bagi merebut kejuaraan.

Laluan utama ke arah Stadium dari Bulatan Lumba Kuda Serdang dan Lebuhraya Kesas dari susur masuk ke Bukit Jalil petang ini sesak dan ditutup kepada awam.

Anggota polis trafik sedang mengawal lalu lintas seawal sejak 3 petang tadi dan suasana pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bertukar wajah ceria dengan dibanjiri lautan penyokong skuad Kejor Yeop Skor dan Pulun Kedah Pulun.

MGF27072019_HUMAN INTEREST PIALA FA AKHIR17
Antara gelagat penyokong Kedah yang menghiasa mukanya dengan logo Lang Merah pada perlawanan Akhir Shopee Piala FA 2019 antara pasukan Kedah FA menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 JULAI 2019

Gelagat segelintir penyokong tegar kedua dua pasukan itu mencuit hati sehingga ada yang mewarnakan rambut dengan warna bendera selain kostum Seladang.

Gerai gerai jersi dan mafla kedua dua pasukan di sekeliling stadium memeriahkan lagi suasana menjelang final malam ini.

Skuad polis berkuda lebih1,300 anggota polis dan unit udara helikopter PDRM turut terlibat tugas rondaan memantau keadaan menjelang perlawanan terkawal dan tidak berlaku sebarang insiden tidak diingini.

MGF27072019_HUMAN INTEREST PIALA FA AKHIR02
Antara sebahagian penyokong Kedah FA yang beratur untuk masuk ke stadium pada perlawanan Akhir Shopee Piala FA 2019 antara pasukan Kedah FA menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 JULAI 2019

Para petugas stadium juga memeriksa ketat penyokong di setiap pintu masuk dari Gate A hingga Gate E di stadium bagi mengelak sebarang benda terlarang ke dalam stadium.

Penyokong Perak begitu teruja apabila pasukannya di pentas final dan begitu bersemangat untuk melihat detik julang Piala ketiga selepas 15 tahun.

Salah seorang penyokong tegar Ragu Rao,39, yakin kekuatan pasukan semasa dibarisi Kapten Shahrul Saad akan menewaskan Lang Merah dan menjulang Piala FA malam ini.

Katanya, semasa The Bos Gaurus julang piala itu julung kali pertama ketika diperkenalkan pada tahun 1990, dia telah menyaksikan perlawanan akhir itu bersama ayahnya dan ia detik penuh bermakna.

“Pada tahun 2004 iaitu 14 tahun kemudian pasukan yang diketuai Kapten Shamsul Saad iaitu abang Shahrul Saad juarai Piala FA.

“Sejak itu hampir 15 dekad tak dapat menang dan kini sudah tiba masa untuk membawa pulang Piala itu buat kali ketiga demi Rakyat Perak.

“Saya yakin ketiadaan pemain utama Renan Alves di pasukan lawan Lang Merah boleh digunakan sebaik baiknya oleh Pemain kami dan mengatur serangan dan skor gol malam ini dan dibawah adik Shamsul iaitu Shahrul Saad kami tak sabar nak lihat magis Perak di Bukit Jalil,” katanya kepada MalaysiaGazette sebentar tadi.

Manakala seorang lagi penyokong yang hanya dikenali sebagai Saiful Iskandar,35, menaruh harapan kepada Shahrul Saad mengulangi kejayaan abangnya Shamsul membantu Perak julang piala malam ini.

Katanya sewaktu di separuh akhir pertama kekalahan kepada Pahang 3-1 di Kuantan mencemaskan penyokongnya.

“Tapi kami terkejut selepas melihat kebangkitan luar biasa jinakkan skud Tok Gajah di Stadium Ipoh 3-0 tanpa bolos gol.

“Maka malam ini saya pasti skuad kami Kejor Yeop Skor akan merobek gawang lawan dengan strategi mantap dan julang piala malam ini’” katanya.

Manakala penyokong skuad Lang Merah yang merupakan pemenang edisi ke-28 pula berkata skuad Hijau Kuning mampu mengulangi kejayaan Piala FA tahun 2017.

“Skuad kami kalau lihat perjalanan sepanjang musim FA kali ini perlawanannya sangat konsisten di semua sudut dan tidak ada masalah skor gol.

“Cuma kami sedih jugalah sebab Renan Alvis tidak beraksi malam ini sebab digantung kerana kad merah tapi kami yakin pemain paling sesuai galas tugas dia dan pemain lain dalam pasukan dapat perkuatkan bek pertahanan dan kawal di bahagian tengah untuk membantu penyerang asak di gawang lawan dan menang malam ini,” katanya.

Seorang lagi penyokong Samsuddin turut mengharapkan skuad Lang Merah dibarisi Kapten Baddrol Bakhtiar membantu skuad julang Piala buat kali kelima malam ini.

“Baddrol secara peribadi ada empat kolaksi Piala FA dan dia selama 10 tahun bersama pasukan bantu julang piala ini selama tiga kali iaitu pada 2007,2008 dan 2017.

“Yakin dengan pengalaman yang dimilikinya dapat membantu skuad beraksi cemerlang malam ini,” tegasnya lagi.MalaysiaGazette