SEOUL – Seorang atlet asing yang sedang bersaing di Kejohanan Akuatik Dunia di Gwangju ditahan kerana didakwa melakukan gangguan seksual di kelab malam.
Seorang pegawai polis di Balai Polis Gwangju Seobu berkata, atlet itu sedang disiasat, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
Agensi berita Yonhap sebelum ini melaporkan bahawa atlet, pingat gangsa Olimpik Rio dalam acara akuatik telah menafikan dakwaan itu.
Gwangju, kira-kira 330 km (205 batu) di selatan ibu kota Seoul, telah menjadi tuan rumah kejohanan, yang menampilkan acara renang, polo air dan menyelam, sejak dua minggu lalu. – MalaysiaGazette