KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Klang (MPK) mempelawa orang ramai untuk menyertai larian Klang Heritage Merdeka Walk 2.0 yang akan diadakan pada 31 Ogos ini.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, larian dengan jarak empat kilometer itu akan melalui beberapa kawasan bersejarah di daerah berkenaan.

Menurutnya, antara kawasan dilalui bermula dari Jambatan Kota, Balai Bomba Klang, Gedung Raja Abdullah, Stesen KTM Klang, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz Shah, Istana Alam Shah, Gereja Our Lady of Lourdes Klang, Jalan Tengku Kelana, Kuil Sri Nagara Thendayuthapan dan Masjid India Klang.

“Program ini adalah kerjasama MPK bersama Kelab Warisan Sungai Klang bertemakan Klang Semarak Jiwa Merdeka bersempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

“Kita menyasarkan seramai 4,000 orang dan pendaftaran masih dibuka sehingga 18 Ogos ini dengan bayaran RM30 dewasa dan RM20 bawah usia 18 tahun,” katanya menerusi kenyataan di Facebook Saluran Komunikasi MPKlang.

Tambah beliau, peserta juga akan menerima t-shirt, medal, bendera Malaysia, ‘Love Lock’ dan ‘Heritage Passport’.

Menariknya, hadiah bernilai sehingga RM15,000 bakal dimenangi peserta dan antara barangan disediakan adalah basikal, televisyen, telefon pintar dan powerbank, ujarnya.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar di httpss://howei.com/event_details/klangheritagemerdekawalk2 atau hubungi Loo Sin di talian 016-3202468; Foong Leng (012-3803180) dan Hardi (016-3170979). – MalaysiaGazette