KUALA LUMPUR – Juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid mengesahkan dia sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Julifa Yusof pada 18 Julai lalu.

Zahid, 38, menjelaskan keputusan tersebut dibuat selepas setahun empertimbangkannya dengan bekas isteri.

“Saya sebenarnya tidak mahu membesarkan punca atau isu tentang perceraian ini kerana terlalu peribadi buat saya dan bekas isteri.

“Kami berpisah secara baik dan tidak timbul isu orang ketiga atau sebagainya,” dedahnya kepada sebuah rancangan hiburan semalam.

Zahid menambah, dia sebenarnya serba salah apabila keputusan untuk bercerai itu diambil beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran ke-31 Sarah.

“Kami sudah berbincang soal ini hampir setahun dan kebetulan kata sepakat dicapai beberapa hari sebelum hari lahir bekas isteri pada 21 Julai.

“Namun, saya tetap memberi ucapan yang baik-baik buat dia kerana Sarah seorang ibu yang baik untuk anak kami,” jelasnya lagi.

Zahid dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Zareef Nufael yang kini berusia lima tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast