Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki (dua kiri) bersama Pengarah Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Amerika Syarikat, Joseph D Martin (kiri) dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pertahanan, Dr. Haniff Zainal Abidin melakukan gimik pelancaran Majlis Pembukaan Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN bersama Kumpulan Pakar Kerja Misi Bantuan Kemanusian dan Bencana Alam di Wisma Perkasa, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 30 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan bencana alam dan bantuan kemanusiaan sedang dilaksanakan menerusi kerjasama pakar-pakar dari negara-negara ASEAN untuk manfaat serantau.

Panglima Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki berkata, input serta pendapat kumpulan pakar dalam bidang berkaitan penting supaya SOP yang lebih bersepadu dapat dirangka seterusnya digunapakai.

“Kita sudah deraf SOP itu bersama Amerika Syarikat dan kini hendak menguji dengan mengumpulkan kumpulan pakar pakar bencana rantau ASEAN untuk berkongsi pandangan serta input masing masing sebagai langkah penambahbaikan.

“Apabila SOP itu dibincang, diselaras dengan input tambahan dan dimuktamadkan oleh kumpulan pakar pakar ini dalam eksais ini, ia akan digunapakai sebagai satu SOP utama oleh negara negara ASEAN dalam menguruskan bencana alam pada masa akan datang.

“SOP berkenaan juga boleh digunapakai oleh negara-negara luar seperti Rusia, Jepun, India dan sebagainya,” katanya selepas Majlis pembukaan Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN-Plus Kumpulan Pakar Kerja Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam 2019 di Wisma Perwira ATM di sini.

Eksesais yang akan berlangsung sehingga 1 Ogos ini disertai oleh 18 buah negara termasuk Amerika, Australia, serta India selain anggaran lebih 100 peserta mewakili agensi kemanusiaan, ketenteraan dan perubatan dari negara negara ASEAN.

Dalam perkembangan sama beliau mengakui bencana alam sama ada secara semulajadi atau diakibatkan oleh manusia bertambah rumit dan mencabar komuniti global sehingga tidak dapat menjangkakan kesannya agak berimpak tinggi.

Menurutnya, Asia Tenggara khususnya Indonesia dan Filipina sentiasa dilanda bencana alam sekali gus mencabar anggota penyelamat serta pakar-pakar bahawa tiba masa untuk bersiap sedia dengan kaedah lebih berkesan untuk menangani ancaman yang mendatang.

MGF30072019_PEMBUKAAN ADMM 04
Datuk Suhaimi Mohd. Zuki (tengah) bersama Pengarah Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Amerika Syarikat, Joseph D Martin (dua kiri) dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pertahanan, Dr. Haniff Zainal Abidin melakukan gimik pelancaran Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN di Wisma Perkasa, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 30 JULAI 2019.

“Tiada mana-mana negara yang terkecuali atau terselamat daripada menghadapi bencana alam dan adalah penting untuk kita bersiap sedia menghadapi ujian getir itu dengan mengaturgerakkan pasukan dan pakar untuk menyokong usaha multinasional dalam melaksanakan misi bantuan Kemanusiaan dan menguruskan bencana alam secara berkesan.

“Tindak Balas bantuan kemanusiaan kepada bencana alam adalah fokus utama di bawah Keselamatan Politik ASEAN dan HADR juga merupakan keutamaan ASEAN melibatkan rakan luar dan dasar pertahanan serantau.

“HADR salah satu elemen utama ADMM-PLUS ruang kerjasama praktikal disasarkan antaranya menambahbaik SOP serta kerjasama serantau dalam menguruskan bencana khususnya rangka kerja sasaran tindakbalas kepada Bencana sejajar dengan tema iaitu “One ASEAN One Response’.,”ujarnya.

Tegas beliau, eksesais tiga hari itu adalah batu loncatan yang signifikan untuk segala inisiatif ADMM-Plus EWG on HADR yang dilaksanakan pakar pakar bencana yang berfokus kepada ujian ARMRG dalam Prosedur Operasi Standard HADR dan kolaborasi dengan inisiatif ASEAN dan semua pihak berkepentingan.

“Kami percaya dengan permulaan AMRG dalam HADR, ASEAN dan rakan dialog terbabit perlu meneroka peluang melibatkan pakar masing masing dalam HADR, khususnya pembangunan kapasiti dan meningkatkan sokongan logistik serta sumber.

“Sememangnya ada perbezaan dalam pelaksanaan antara negara negara ASEAN dan pengalaman yang diperolehi daripada operasi antarabangsa yang sangat bernilai tetapi apa yang pasti dialog ini berupaya menarik serta berkongsi pengalaman latihan untuk mencapai objektif utama kita,” tegasnya lagi. – MalaysiaGaztte