Neymar.foto Agensi.

SAO PAULO – Kes siasatan dakwaan rogol membabitkan pemain Brazil, Neymar telah ditutup.

Pejabat Peguam Negara Sao Paulo berkata, kes itu digantung disebabkan kekurangan bukti tetapi akan dihantar ke pendakwa raya bagi keputusan akhir.

Pendakwa raya mempunyai masa 15 hari untuk menilai kes sebelum hakim membuat keputusan terakhir.

Siasatan kes tersebut dibuka selepas seorang model, Najila Trindade mendakwa diserang oleh Neymar yang juga penyerang sensasi kelab Paris Saint-Germain di sebuah hotel di Paris pada bulan Mei.

Neymar telah menafikan dakwaan tersebut sambil mendakwa dia telah diperas. – MalaysiaGazette