Seorang warga emas akan menjalani hukuman penjara 10 hari hanya kerana menyediakan makanan kepada kucing terbiar di kediamannya di Ohio.

COLUMBUS, Ohio – Seorang wanita warga emas berusia 79 dipenjara hanya kerana memberi makan kucing terbiar yang tidak lagi dipelihara jirannya yang berpindah ke kewasan lain.

Nancy Segula dipenjara 10 hari di Penjara Cuyahoga County, Ohio selepas didakwa melanggar undang-undang.

Wanita itu didakwa melanggar undang undang yang melarang penduduk Garfield Hieghts memberi makanan kepada kucing atau anjing terbiar.

Segula yang akan menjalani hukuman bermula 11 Ogos ini berkata: “Jatuhkan hukuman penjara hanya kerana memberi makanan kepada kucing terbiar itu agak melampau dan tidak masuk akal.

“Ramai orang yang melakukan perbuatan jahat di luar sana tetapi mereka dibiarkan bergerak bebas dan orang yang menyuap makanan untuk kucing jalanan dihukum pula,” bidas wanita itu.

Anaknya, Dave Pawlowski juga terkilan dengan tindakan pihak berkuasa yang akan memenjarakan emaknya hanya kerana menyediakan makanan untuk kucing terbiar.

“Saya terkejut apabila emak saya memaklumkan dia akan dipenjara 10 hari hanya kerana memberi makanan kepada kucing.

“Emak saya sudah berusia 79 tahun dan mahu menghukum dia hanya kerana memberi makanan kepada kucing…saya tidak lihat ia sebagai kesalahan serius,” katanya.

Segula berkata, dia menyediakan makanan untuk kucing itu sejak dua tahun lalu sebelum menerima notis amaran pihak berkuasa untuk menghentikan perbuatan tersebut yang dikatakan menyalahi undang-undang.

Segula menerima empat kompaun amaran daripada pihak berkuasa sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret minggu lalu.

“Saya memberi makanan kepada kucing itu sejak 2017 lagi, kerana jiran saya sudah tinggalkan haiwan peliharaannya sejak berhijrah ke kawasan lain.

“Saya pencinta haiwan kucing dan anjing dan mula risau nasib kucing-kucing yang kelaparan itu dan menyediakan makanan.

“Ada jiran lain melihat perbuatan saya dan melaporkan kepada warden menjaga kepentingan haiwan peliharaan,” katanya di hadapan Majistret Jeffrey Short sebelum hukuman dijatuhkan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast