KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meluangkan masa bersama pesakit kanak-kanak di Hospital Rehabilitasi Cheras hari ini.
Tunku Azizah kelihatan tidak canggung melayani kanak-kanak malah turut sama-sama menghiburkan mereka dengan bersama-sama menyertai aktiviti melukis.
Raja Permaisuri meluangkan masa lebih kurang 30 minit di Wad Kanak-kanak sempena lawatannya hari ini.
Semua pesakit di Wad Kanak-kanak hospital itu kelihatan gembira dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong.
Tunku Azizah mencemar duli berangkat ke Hospital Rehabilitasi Cheras untuk melawat bersempena Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. -MalaysiaGazette