Leicester City mempunyai masa sehingga Isinin depan untuk menerima tawaran terbaharu 80 juta pound yang dikemukakan manchester United untuk Harry Maguire hari ini.-Daily Mail

MANCHESTER – Leicester City diberi masa terhad untuk menerima tawaran lumayan terhadap pemain pertahanannya, Harry Maguire.

Manchester United telah mengemukakan tawaran rasmi berjumlah 80 juta pound untuk pemain England itu.

The Foxes kendalian Brendan Rodgers diberi tempoh sehingga Isnin ini untuk menerima tawaran terakhir itu.

United yang diurus Ole Gunnar Solskjaer tampil dengan dua tawaran hampir mencecah 70 juta pound.

Bagaimanapun pengurusan tertinggi dengan nasihat bekas pengurus Liverpool itu menolak kedua-dua tawaran tersebut.

Leicester kekal dengan nilai klausa pelepasan untuk pemain itu antara 75 juta pound hingga 90 juta pound dan tidak mahu berganjak.

Rodgers mahu memastikan mereka menerima bayaran melebihi nilai rekod yang dibayar Liverpool sebelum ini untuk Virgil van Dijk musim lalu.

Dengan jendela perpindahan berakhir Khamis 8 ini, Solskjaer dilihat begitu agresif dan serius untuk memastikan pembelian pemain itu dimuktamadkan segera.

Maguire juga sudah meluahkan hasratnya mahu menyertai United.

Eric Bailly tidak akan beraksi untuk Solskjaer sehingga Disember ini ekoran kecederaan lutut ketika beraksi menentang Tottenham Hotspurs pada jelajah pra musim minggu lalu.

Keadaan itu menyebabkan Solskjaer campur tangan untuk mempercepatkan proses pembelian Maguire.

Kini keputusan di tangan Leicester sama ada untuk menerima tawaran 80 juta pound daripada the Red Devils untuk membebaskan Maguire. – MalaysiaGazette