Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil diiringi Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (lima kiri) dan Setiausaha Agung Hal Ehwal Kemanusiaan Asia, Kim Solomon (empat kanan) memotong kek sebagai gimik perasmian ketika hadir pada Program 10th University Scholars Leadership Sumposium 2019 di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 02 OGOS 2019

KLANG – Tanpa sifat rendah diri, seorang pemimpin akan dikuasai sikap ego.

Bagaimanapun seorang pemimpin yang ego juga boleh dilihat dari sudut positif.

Namun menurut Perdana Menteri, sikap itu akhirnya hanya akan menjadikan mereka sukar dikritik dan menerima pandangan yang berbeza.

“Jadi rendah diri bukan menjadikan eorang pemimpin itu lemah. Sebaliknya akan memudahkan mereka bersama-sama orang yang menyokongnya, dan menjadikannya pemimpin.

“Jika seorang pemimpin hilang sentuhan dengan penyokongnya, beliau tidak lagi boleh dipanggil pemimpin,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian 10th University Scolars Leadersgip Symposium (USLS) 2019 di Pusat Konvensyen Setia Alam.

Terdahulu Mahathir memberi penekanan tentang pentingnya seorang pemimpin bebas daripada sikap korup.

“Pertamanya, pemimpin mesti mempunyai intergriti dan kejujuran, jika tidak pemimpin itu akan terlibat dalam rasuah dan tidak boleh dipercayai.

“Kemudian, pemimpin mesti bersedia kerja keras dan mereka harus berbangga dengan kerja mereka. Selain itu seorang pemimpin mesti sentiasa mencari pengetahuan dan peka perubahan di sekeliling mereka,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast