Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PUCHONG – Kepimpinan UMNO berikrar tidak akan membiarkan parti suara keramat Melayu yang pernah memerintah enam selama enam dekad berkubur dengan mudah seperti yang impikan oleh Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya, parti itu sudah mempunyai pelan alternatif B dan C sekiranya ia diharamkan oleh mahkamah di bawah kepimpinan Pakatan Harapan.

Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui ramai sudah risau dengan khabar angin UMNO hendak diharamkan.

“Semalam saya pergi ke Larut dan ada yang nyatakan nak masuk jadi ahli parti Putra kerana takut UMNO diharamkan.

“Berikanlah kepercayaan kepada pimpinan tertinggi UMNO kerana kita tidak akan benarkan sesiapapun haramkan UMNO .

“Malah kita ada plan B, C jika senario buruk berlaku, UMNO diharamkan. Jadi jangan risau dan esok nak lompat parti lagi..kita teruskan perjuangan dengan memperkukuhkan parti UMNO,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan 2019 UMNO Bahagian Subang di Kinrara petang tadi.

Turut bersama ialah Ketua Bahagiannya Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Menurut Ahli Parlimen Bera itu lagi, sebenarnya kes sedang berada Mahakamah Persekutuan setelah 16 orang ahli UMNO mencabar di mahkamah terhadap surat Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang membenarkan UMNO bermesyuarat lebih daripada tempoh 18 bulan yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti.

Kesemua bekas ahli itu mahu mahkamah memutuskan surat RoS itu tidak sah dan kalau surat itu diputuskan mahkamah tidak sah maka kedudukan semua pemimpin dalam UMNO menjadi tidak sah termasuk dirinya bukan lagi naib presiden dan sebagainya,

“Namun kita bantah dengan menyatakan bahawa Seksyen 8 (c) Perlembagaan UMNO menyebut bahawa keputusan di dalam mengurus parti politik tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah dan itu kuasa dalaman parti.

“Itu alasannya dan jika kita menang di Mahkamah Tinggi dan mereka tidak puas hati dan merayu di Mahkamah Rayuan sebelum kita menang lagi tapi bila dibawa ke Mahkamah Persekutuan, waktu itu Hakim Richard Malinjun mengetuai Panel lima hakimm yang mana saya tidak mahu menuduhnya, akhirnya mahkamah buat keputusan menerima bantahan mereka.

“Alasannya mahkamah mempunyai bidang kuasa yang luas untuk menjalankan apa-apa kes termasuk parti politik kerana kuasa mahkamah ini diperuntukkan di bawah Perlembagaan dan undang yang bercanggah dengan perlembagaan dianggap terbatal sambil membenarkan rayuan mereka,” katanya.

Menurutnya, jika kalah lagi dalam perbicaraan itu, pihaknya akan merujuk semula ke Mahkamah Tinggi dari mula sehingga dirayu semula sampai Mahkamah Persekutuan, yang pasti akan memakan masa paling awal pun 2022.

“Saya harap dalam tempoh ini macam-macam boleh berlaku, memandangkan kehakiman di bawah dia (PH). Jika kita berjaya rampas semula kerajaan kita akan selesaikan isu UMNO,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette