Bandar Jakarta yang gelap ekoran gangguan bekalan elektrik pada tengah hari Ahad. foto Agensi

JAKARTA – Gangguan bekalan elektrik secara besar-besaran di ibu negara Indonesia semalam dan beberapa bandar sedang pulih secara berperingkat-peringkat.

Ia berlaku pada tengah hari dan mula dipulihkan selepas sembilan jam.

Syarikat utiliti, PLN berkata, gangguan berkenaan disebabkan isu-isu teknikal.

Gangguan itu menyebabkan sistem pengangkutan dan rangkaian telefon terjejas.

Masalah tersebut menjejaskan 10 juta penduduk di Jakarta dan lebih 20 juta di kawasan sekitar serta 10 juta lagi di wilayah-wilayah berhampiran Jakarta.

Gangguan bekalan elektrik di Jakarta jarang berlaku tetapi kejadian semalam mengambil masa panjang,

Lampu trafik turut terganggu di beberapa kawasan di bandar menyebabkan kesesakan teruk berlaku.- MalaysiaGazette