Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bersama petugas simulator helikopter Airbus Malaysia AS365, David Tan (kiri) bergambar selepas mengemudi simulator helikopter pada Majlis Perasmian Pusat Penyiapan dan Penyerahan Helikopter Airbus di Airbus Helicopters Malaysia Sdn Bhd, Subang Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 06 OGOS 2019.

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menepis tuduhan pihak-pihak tertentu kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perancang memecahbelahkan masyarakat Cina.

Sebaliknya, beliau menegaskan Ahli Parlimen Langkawi itu seorang negarawan dan merupakan perdana menteri kepada semua rakyat Malaysia.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir adalah seorang negarawan, beliau adalah PM untuk semua rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Siew Fook diminta mengulas mengulas rakaman audio yang tular dalam bahasa Cina mengaitkan seorang anggota DAP didakwa menuduh Dr Mahathir menggunakan isu “khat” untuk menyemai bibit-bibit keretakan dalam parti itu.

Menerusi video yang tular di laman sosial itu, ahli DAP terbabit turut menuduh Dr Mahathir cuba menghancurkan sokongan pengundi Cina kepada parti itu dengan mengekploitasi isu tulisan Jawi.

“Mahathir adalah dalang di sebalik kontroversi tulisan Jawi, isu UEC dan Lynas. Sepanjang hayatnya, dia hanya mahu memecah masyarakat Cina dan menyatukan orang Melayu,” kata ahli DAP itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Klu TunM memang negarawan, dia kena tunaikan janji melepaskan jawatan PM kepada Anwar.

Comments are closed.