Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tiba untuk menghadiri mesyuarat di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkongsi luahan kebimbangan masyarakat Cina dan India berhubung langkah Kementerian Pendidikan yang mahu memasukkan seni khat di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Katanya, luahan perasaan itu didengari selepas beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa orang wakil parti serta aktivis komuniti daripada kedua-dua kaum berkenaan hari ini.

Menurutnya, kebimbangan itu mula menular selepas sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa perkara tersebut akan dilaksanakan dan ia telah menimbulkan
kerisauan.

“Apabila saya pulang ke rumah selepas empat hari di luar negara, saya berhadapan dengan ketidakpuasan hati masyarakat bukan Melayu berikut laporan Sin Chew Jit Poh bahawa buku teks Standard empat Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil akan termasuk seni khat.

“Walaupun seni khat atau Jawi adalah sumber Bahasa Malaysia, laporan berita berjaya menimbulkan kebimbangan bahawa identiti sekolah Cina dan Tamil akan terjejas.

“Saya mendengar pandangan wakil parti yang dipilih, aktivis komuniti dan saya juga bertemu dengan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran hari ini,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Tambah beliau, rumusan hasil daripada perjumpaan itu akan dimaklumkan kelak melalui kenyataan rasmi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.