LANGKAWI – “Di masa depan apabila saya nak buat keputusan saya tanya, boleh atau tidak Santiago, boleh atau tidak boleh buat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra Dan Penyerahan Daging Korban peringkat DUN Ayer Hangat di Masjid Al-Hana, Padang Matsirat hari ini.

Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan Santiago dalam hantaran di laman Facebooknya yang mendakwa perdana menteri sering membuat keputusan bersendirian sambil mengetengahkan beberapa isu penting seperti seni khat, Lynas, Zakir Naik dan ICERD.

Katanya, keadaan itu seolah-olah menunjukkan terlalu banyak kuasa di dalam tangan Dr Mahathir sedangkan kuasa tersebut sepatutnya dikongsi dengan parti-parti komponen apatah lagi dalam keadaan beliau mewakili parti minoriti dalam kerajaan Pakatan Harapan.
Malah, Santiago berkata, sudah tiba masanya untuk menilai kembali proses membuat keputusan di kalangan Majlis Presiden Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan

1 Komen

  1. Kita dah lama tahu sikap Tun yg authotharian. Beliau tidak suka di tegur dan tidak suka kepada pemimpin yg baik dan ikhlas. Beliau suka kepada pemimpin yg korup di bawah pimpinan beliau supaya mereka ini dpt di ugut untuk menari ikut rentak beliau. Klu tak ikut u will bear the consequences. Syabas santiago just don’t give a damn

Comments are closed.