KOCHI – Jumlah kematian akibat banjir monson di beberapa bahagian di Kerala, India Selatan meningkat kepada 270 orang setakat ini.

Agensi melaporkan, pihak berkuasa sudah mengeluarkan amaran hujan lebat sehingga banjir serta tanah di ramal dalam tempoh 48 jam akan datang.

BanjirAkibat hujan tidak henti-henti dan banjir besar ini di empat negeri Kerala, Karnataka, Maharashtra dan Gujarat memaksa lebih 1.2 juta penduduk berpindah kebanyakannya ke kem bantuan kerajaan.

Banjir1Hujan lebat dan tanah runtuh ini juga memaksa ratusan ribu penduduk berlindung di kem bantuan, sementara perkhidmatan kereta api dibatalkan di beberapa kawasan terjejas banjir.

Pihak berkuasa bimbang operasi menyelamat terganggu dengan ribut petir dan hujan lebat yang dijangka di beberapa kawasan di Kerala.

Tahun lalu, lebih 200 orang terbunuh di Kerala dan lebih lima juta penduduk terjejas dalam salah satu banjir terburuk dalam tempoh 100 tahun di negeri itu. –MalaysiaGazette